Syarat dan Terma

Urusan Pembayaran


A. Bayar penuh dan pos
  1. No akaun bank (Maybank sahaja) akan diberi selepas persetujuan tempahan.
  2. Pembayaran wajib sebelum pos antarabangsa dari Jepun ke Malaysia.
  3. Pos antarabangsa kebiasaannya akan dibuat seminggu sekali selepas order,kecuali hari cuti atau cuaca tidak baik atau sudah dimaklumkan terlebih dahulu jika TB sibuk. 
  4. Pos antarabangsa akan dihantar ke rumah saya di Terengganu dahulu sebelum di poslaju kepada pelanggan.Kecuali barangan yang bernilai tinggi saya akan pos antarabangsa secara terus kepada pelanggan dari Jepun.

Urusan Pos

  1. Penghantaran domestik menggunakan Pos Laju sahaja dan dipos dari Kuala Terengganu.Kecuali barangan yang bernilai tinggi akan di pos secara terus kepada pelanggan dari Jepun menggunakan pos EMS(Express Mail Service).
  2. Barangan akan dihantar hanya selepas mendapat bayaran penuh sahaja. Tiada istilah 'bayaran separuh', 'bayar kemudian' dan seumpamanya.
  3. Perkhidmatan syarikat pos lain tidak dipertimbangkan.
  4. Sebarang kelewatan dari pihak pejabat pos bukan tanggungjawab Tokyo Bundle.
  5. Kebiasaannya pos domestik (POSLAJU) mengambil masa 1~3 hari waktu bekerja.Dan pos antarabangsa (EMS) mengambil masa 3~7 hari waktu bekerja 
  6. TB tidak bertanggungjawab diatas kehilangan semasa pos. Untuk langkah selamat, anda perlu menambah bayaran insurans jika perlu.Tetapi buat masa sekarang tiada lagi kes kehilangan yang dilaporkan.
  7. Secara asasnya 'Tracking Number' tidak diberi kecuali atas permintaan pelanggan.

Urusan Tempahan (order)

  1. Sikap 'perfectionist' atau mahu serba baru,detail, ragu-ragu,inginkan jaminan selama setahun, nego harga yang tidak masuk akal dinasihatkan agar tidak membuang masa berurusan degan Tokyo Bundle. Anda digalakkan membeli barang baru, atau mencari penjual yang boleh melayan karenah anda. 
  2. Pihak Tokyo Bundle menerima tempahan dari luar Malaysia dengan harga pos berlainan. Sila pm pertanyaan tentang harga pos di page fb Tokyo Bundle.
  3. Secara asasnya First come, first serve, no reservation.Tiada booking/reservation percuma.
  4. Tempahan items terpakai/baru turut diterima(jika ada stok). Dan tidak semua harga di sini adalah murah.
  5. Barangan aksesori kereta atau barangan yang melebihi 30kg, atau isipadu melebihi 100cm x 100cm x 100 cm tidak diterima.   

Panduan Umum

  1. Sila sertakan link barangan untuk mengelakkan kesilapan.
  2. Sila berikan salam bagi yang Islam, dan cukup sekadar ucapan pengenalan bagi bukan Islam
  3. Jika pm atau mesej tidak dibalas dalam tempoh 48jam,sila hubungi saya semula di facebook.
  4. Jaga adab dan sopan. Tidak semestinya perlu ayat skema. Cukuplah sekadar saya dan anda selesa untuk berurusniaga dan bahasa yang mudah difahami. 
  5. Tolong tidak memberi komen tentang perbandingan harga, komen untuk menjatuhkan, komen yang memalukan atau mencari pasal dengan saya secara terbuka. Saya tidak berminat melayan orang sedemikian. Jika saya bersalah atau tidak berpuas hati sila mesej saya terlebih dahulu dengan adab dan sopan.
  6. Urusniaga tidak dijalankan dalam wall/komen kerana tidak semua saya mampu perhatikan.
  7. Pertanyaan mengenai harga di wall/komen tidak akan dijawab. Sila pm (private message) saya.
  8. Anda bebas untuk mengesyorkan kawan-kawan dengan 'tag'.
  9. Jujur terhadap diri sendiri, tidak perlu berlagak kaya/sombong. Tidak membeli tidak mengapa asalkan ada budi bahasa. Malah anda akan dilayan lebih baik jika ada adab dan sopan.
  10. Jika tiada jawapan di facebook terutama ruangan komen di blog menggunakan facebook , sila pm (private message) saya. Dikhuatiri saya terlepas pandang.
  11. Jika ingin menjual barangan anda, pastikan mendapatkan keizinan saya untuk post di wall saya. Bukan kerana saya takut dengan jualan anda, tapi untuk memastikan page saya bukan lubuk scam/penipu.
  12. Jika ada barangan yang dijual sama dengan apa yang anda mahu jual, sila jangan lawan harga saya di komen barangan tersebut. Tiada adab namanya.
  13. Pastikan anda memahami syarat dan terma, digalakkan bertanya jika tidak faham terlebih dahulu.
  14. Pastikan anda memahami maklumat mengenai barangan terlebih dahulu, digalakkan bertanya jika tidak faham.
  15. Pastikan anda telah mempunyai kewangan yang cukup untuk membuat sebarang tempahan.Jangan terlalu gelojoh membuat sebarang tempahan kerana jika ada pembatalan anda akan disenarai hitam untuk membeli dengan saya.

Hubungi

  1. Urusan jual beli hanya dijalankan di inbox page Tokyo Bundle.

1 comment:

  1. Hello
    Is it possible to order the T-Shirt from HRC TOKYO
    Grzegorz

    ReplyDelete