Mengenai Saya / About Me
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mungkin masih ramai yang masih tertanya-tanya siapa saya sebenarnya.
Di sini saya kisahkan sedikit tentang diri saya bersama online page
"TOKYO BUNDLE" ini.Page ini dilancarkan pada 9 October 2013.Pada mulanya
page ini hanya menjalankan perniagaan khidmat untuk membeli barangan
baru dan terpakai terutama secara suka-suka sahaja.Pada ketika
itu,banyak stok-stok barangan yang boleh saya dapati di sini(Jepun)
menyebabkan harga barangan terutamanya berkaitan barangan berjenama
(branded brand) begitu murah jika dibandingkan harga di Malaysia.Sebab
itu tertubuhlah nama "TOKYO BUNDLE" walaupun fokus utama saya sekarang
banyak kepada handbag dan japanese apparel sahaja.
Ucapan
terima kasih tidak terhingga kepada isteri saya Rose Fazleen dan sahabat
baik saya Md.Yuzeiry yang banyak memberi dorongan serta nasihat-nasihat
sepanjang penubuhan page ini.Serta jutaan terima kasih juga saya ingin
ucapkan kepada seluruh warga TokyoBundle yang banyak memberi sokongan
serta kepercayaan kepada saya sehingga kini.
Akibat kenaikan
nilai yen,page ini lebih menumpukan kepada perniagaan barangan terpakai,
dan barangan lain yang sukar didapati di Malaysia sahaja terutamanya
HANDBAG BERJENAMA seperti LV,GUCCI,COACH,PRADA,dll dan JAPANESE APPAREL
seperti MOMOTARO,EVISU,SAMURAI JEANS,dll.Tempahan turut diterima tetapi
harap maklum kerana tidak semuanya boleh didapati murah di sini.
Bekas Pelajar:
-SR Tengku Bariah,Kuala Terengganu.
-SRK Pusat Chabang Tiga,Kuala Terengganu.
-SM Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu.
-SMA Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu.
-SM Teknik Lapangan Terbang,Kuala Terengganu.
-Pusat persediaan Kajian Teknikal Ke Jepun, PPKTJ UTM KL.
-Anan National College of Technology,Jepun.
-Nagaoka University of Technology,Jepun.
Sekian Terima Kasih Semua(^_-)-☆
これからもどうぞ宜しくお願いします\(^o^)/
kemah boh!
ReplyDeleteLagu mano nk oda...
ReplyDeleteMoga semakin maju sahabat
ReplyDeleteBagaimana saya dapat menghubungi anda
ReplyDeleteada jual baju hardrock ke
ReplyDelete